Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 21, 2011

ukiran inai









Niat dihati saya nak buat ukiran inai kat tangan utuk majlis perkahwinan saya nanti.Tapi mak saya tak bagi.Katanye tak boleh buat,Haram.Tapi saya teringin sangat nak buat..cam ne ek...Bakal mak mentua saya memang suruh buat,En Wan pun suh buat.Pening ar.Mungkin saya akan buat.Tapi hanya sekumtum bunga sahaja,Tapi tunggu dan lihat sahaja.

Wednesday, January 19, 2011

Luah Perasaan






Tekanan perasaan.Banyak betul benda yang bersarang dalam otak ni.Tiap malam bila mata mula nak tido,mula la macam-macam benda yang bermain dalam otak nie.Entah apa yang otak saya fikir,



Adoiiiii.

Sakit kepala ini,Kenapa ni.Tolooooooooooooonnnngggggg.......

Wednesday, January 12, 2011

NAK KONGSI

Hari ni saya teringin nak kongsi gambar-gambar kenangan dengan rakan-rakan saya.



Layan je la.............................






dihari pertunangan saya


bersama tunang


mandi air terjun di bekuk,Segamat





kat muzium johor,ayang,aboy dan arif





































Tuesday, January 11, 2011

Menghitung hari



Menghitung Hari,Detik Demi Detik,

Tak sampai sebulan je lagi sy akan menjadi seorang ISTERI kepada seorang lelaki yang telah berjaya mencuri hati saya iaitu MOHD IZWAN atau lebih dikenali sebagai JUAN.Dia bukan seorang yang hensem sangat,tapi sedap mata memandang.Setiap kali berjumpa ada sahaja lawak-lawak sengal yang dia buat.Semua itu membuatkan saya happy dan sentiasa ceria.
Kalau saya cerita tentang kisah kami,mesti ramai yang ketawa,saya dan JUAN telah lama kenal.Sejak dari zaman sekolah lagi.Satu kelas lagi.Tapi masa sekolah dulu kami buat hal masing-masing.Dia nie seorang yang nakal sangat-sangat tau.Tapi biasalah,budak lelaki.
Lepas tamat zaman persekolahan,kami buat hal masing-masing.Saya dan juan telah ada pilihan hati sendiri.Tapi jodoh kami kuat agaknye.Kami telah berjumpa semula untuk berbuka puasa bersama-sama.Masa tu saya ada masalah dengan sang kekasih hati.
Pada malam hari jadi saya,bekas kekasih saya telah memutuskan hubungan kami.Masa tu saya rasa cedih sangat-sangat.Perasaan benci pada lelaki mula bersarang dalam hati.Saya kecewa sangat.Pada malam tu saya saya telah mengubungi juan dan dia telah menenangkan saya.
Selepas seminggu saya berada didalam keadaan berduka,juan telah hadir dan menceriakan hidup saya.Dia cakap "wana kalau dia tak nak kat wana,wan nak wana.".saya ingat dia bergurau jek,Saya pun cakap la kalau berani databg la umah,cakap kat abah.
Malam tu dia datang rumah saya.Mak saya pun tanye la kat mamat nie,"awak nie betul-betul ke nak kawan dengan wana nie?" juan pun jawab la " betul makcik,nanti masa raye haji saya mak nak abah saya datang merisik".
Masa tu saya kat dalam bilik,hati ni berbunga-bunga,macam dalam taman bunga pun ada.Selepas dirisik saya dipinang dan di tunagkan dengan juan.
Kini Saya sedang menghitung hari untuk menjadi isteri yang sah kepada Mohd Izwan.Semoga rumahtangga yang bakal kami bina ini akan diredoi dan dirahmati olah Allah S.W.T amin....







Thursday, November 25, 2010

Laporan Hari Ke-3

Dah hari ketiga dah.Macam-macam aktiviti dah saya lalui.
  • Pagi tadi kelas mula pukul 9.00pg-11.30pg kelas PJK.Penat gila.Kena buat poco-poco.pastu buat permainan bola beracun plak.
  • Jam 11.30pg kawan kumpulan saya telah merancang untuk pergi ke perpustakaan sebab nak cari bahan tuk tugasan bahasa inggeris.Dalam perjalanan ke perpustakaan,kami telah ditahan oleh penyarah Pedagogi kami iaitu En Zakariah Kaliman.Kami diarahkan masuk ke kelas sebab dia nak mulakan kelas awal.Terbantut lah niat kami itu.
  • Jam 12.30 tghari ,kelas pedagogi telah tamat.Saya pun pergi makan bersama kawan-kawan.
  • Jam 2.30 ptg hingga jam 6.30 ptg kelas Pendidikan Seni Visual.
  • Malam ini saya tak ada kelas,tetapi ada perbincangan kumpulan.

Sekian sahaja laporan saya hari ini.


Wednesday, November 24, 2010

Laporan Hari Ke-2 Di IPGTHO

Hari kedua berada di IPG nie.
  • Kelas bermula pada jam 8.00pg hingga jam 11pg,kelas pertama pada pagi ini adalah kelas pendidikan seni visual.
  • Jam 11.00pg hingga 1.30 ptg kelas diteruskan dengan subjek PAS.Apa itu PAS,tiada kaitan dengan parti politik tau.PAS itu adalah singkatan perkataan dari Pendidikan Alam Sekitar.
  • Jam 1.30 ptg hingga 3.00ptg waktu rehat kami.
  • Jam 3.00ptg hingga 6.30ptg kami belajar tentang pengurusan sumber.Dapat lah saya menambah ilmu tentang dunia teknologi terkini.Tetapi sedang khusyuk mengkaji tentang dunia teknologi ini tiba-tiba pensyarah pun memulakan bicara,ayatnya lebih kurang cam ni la,

Pensyarah : "saya diarahkan supaya mengajar kamu semua tentang bagaimana untuk buka mirosoft office access sahaja,saya lihat kamu semua dah pandai buka dan menggunakan access,jadi kamu semua boleh buat kerja sendiri."

  • Saya dan kawan-kawan pun memulakan aktiviti berfacebuk.Kelas ditamatkan pada jam 5.00ptg.
  • Jam 5.00ptg hingga jam 6.00ptg saya bersama kawan sekelas telah pergi ke BPMALL(batu pahat mall)niat dihati nak keluarkan duit kat ATM,tapi saya tertinggal beg duit kat dalam bilik.Hampeh tul la,saya dah membazirkan waktu senggang saya untuk berjalan-jalan di BPMALL sahaja.
  • Jam 8.00mlm hingga 10.00mlm saya masuk ke kelas Pendidikan Agama Islam.Ustaz yang mengajar tu memang best.Saya suka cara pendekatan P&P dia.Setiap pelajaran di sulami dengan lawak jenaka dan hadis-hadis yang berguna.Malah ada satu kata-kata hikmah yang dia bagi pada kami.Kata-kata itu seperti dibawah,

"Sebenarnya susah itu bagus"

  • Saya sendiri belum faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata ini.Jadi saya akan cari maksud ungkapan ini.Kelas diakhiri pada jam 10.00mlm.
  • Sampai sahaja di bilik asrama,tetiba je kaki ni nak pergi ke bilik kak suraya sebab nak pinjam album gambar kawen dia.Saya kejut la kak suraya ni.Hampir 5 minit saya cuba nak kejutkan dia.Rupa-rupanya dia pengsan.Kalam kabut kami semua.Semua cuba kejutkan dia.Tapi tak berjaya.Sehinggalah KO saya Pn.Siti Hasbi datang dan membaca jampi serapah dan menghembuskan ke telinga kak suraya,baru lah dia sedar.Saya pun tak jadi nak pinjam album dia.Esok sahaja lah saya pinjam.

Sekian sahaja laporan harian dari saya.Tunggu laporan untuk hari ke-3 pula esok.

Tuesday, November 23, 2010

Laporan Harian IPTHO

Hari ini hari pertama saya duduk kat maktab ni...
Hari yang membosankan.
Pagi-pagi dah bangun.Seawal jam 5.30 pg saya dah kejut En Tunang suh anta ke bas stop.Tunggu Kawan yang berjanji hampir 15 minit.Perjalanan dari Jb ke Batu Pahat mengambil masa kira2 2 jam.Dalam perjalanan hanya tuhan saja yang tahu bertapa beratnya hati ini untuk meninggalkan bantal dan tilam dirumah tu.Setelah tayar kereta MYvi kawan saya berguling di tanah IPGTHO,kepala saya mula pitam.Ramai gila pelajar baru datang untuk melapor diri.
Tetapi yang ramai tu hanyalah pelajar cina.Kemana Hilangnye pelajar melayu kita?
Entah lah.Mungkin mereka dah dapat kerja lain kot.
Oklah itu sahaja laporan saya pada hari ini.Esok saya akan melaporkan perkara yang berlaku di IPGTHO ini.