Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 16, 2011

miss u



Tak sampai 24 jam pun en Hubby saya tinggalkan saya.Tapi perasaan rindu yang amat sangat dah mula bersarang dalam hati ni.Bila dia ada depan mata asyik nak gaduh je(gaduh2 manje).Tapi bila dia dah tak de rindu plak..


Kawan-kawan jangan salah anggap ye.Sebenarnya en Hubby saya nie pergi KL sebab ada dinner untuk staf perodua.Saya terpaksa duk umah.Saya harap dia akan pulang dengan selamat.I LOVE U sayang.



Sunday, April 10, 2011

kenangan terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku,

Tiada lagi keresahanku,

Dikesempatan ini saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada En Mohd Izwan Bin Malek,kerana sudi menjadikan saya sebagai isteri.Terimalah saya dengan seadanya ye.Saya akan cuba memperbaiki setiap kekurangan dalam sikap saya.

Sayang,seandainya ada kekurangan sepanjang dua bulan perkahwinan kita ini saya mohon maaf ye.Percayalah sesungguhnya cinta ini hanya untuk mu.






















cerita hari ini



Hari Ahad hampir berlalu.Rasa sayang pulak nak tinggalkan hari Ahad.Sebab hari ini je yang saya dapat duk umah dengan en Hubby.Semalam saya balik umah atok en Hubby kat pontian,pastu tido kat umah mak en Hubby.


Tengah hari tadi singgah umah mak saya.Mak masak ayam masak kicap.Jadi saya tak perlu masak tengah hari.Lepas dah kenyang kami pun balik umah sendiri.


Hari nie saya tak masak pun.Sebab mak mentua dah bekalkan lauk.Jadi saya cuma panaskan je lauk tu.TQ my mother in law.I luv u..(nasib baik mak bekalkan lauk,kalau tak poning pale den nk masak ape tuk makan malam kami)


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua emak saya,Pn Habsah(Ibu saya) dan Pn Rafizah (Ibu mentua saya).Kerana sudi menyediakan masakan yang sangat-sangat sedap.Lain kali masak lagi ek..hehehe


Sayang mak.....




Thursday, April 7, 2011

~Honeymoon~


Dah lame tak duk mengadap benda ni.Maklum lah sibuk nak menyesuaikan diri dengan gelaran baru ''suri rumahtangga''.Hehehe.........

Kali ni saya cuma nak berkongsi kenangan semasa pergi bercuti ke Negeri Melaka baru-baru nie.Kira macam honeymoon gak la.Tapi kata en Hubby saya,ini bukan honeymoon tapi kita jalan-jalan saje.Entah lah,yang penting saya happy sangat sebab dapat meluangkan masa bersama yang tersayang.

Kami bertolak ke Melaka pada jam 11 malam.Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 2 jam setengah.Kami sampai di Melaka pada jam 1.30pg.Setelah pusing-pusing mencari hotel,kami pun bermalam di kancil hotel.Lepas chek in je,apa lagi..........tido la jawabnye.

Kami memulakan langkah kami pada jam 12.30 tgh.Destinasi pertama kami ialah di bandar hilir dan di ikuti ke kampung mortem dan diakhiri di taman buaya.

Jom la layan gambo-gambo kami ini........