Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 24, 2010

Laporan Hari Ke-2 Di IPGTHO

Hari kedua berada di IPG nie.
  • Kelas bermula pada jam 8.00pg hingga jam 11pg,kelas pertama pada pagi ini adalah kelas pendidikan seni visual.
  • Jam 11.00pg hingga 1.30 ptg kelas diteruskan dengan subjek PAS.Apa itu PAS,tiada kaitan dengan parti politik tau.PAS itu adalah singkatan perkataan dari Pendidikan Alam Sekitar.
  • Jam 1.30 ptg hingga 3.00ptg waktu rehat kami.
  • Jam 3.00ptg hingga 6.30ptg kami belajar tentang pengurusan sumber.Dapat lah saya menambah ilmu tentang dunia teknologi terkini.Tetapi sedang khusyuk mengkaji tentang dunia teknologi ini tiba-tiba pensyarah pun memulakan bicara,ayatnya lebih kurang cam ni la,

Pensyarah : "saya diarahkan supaya mengajar kamu semua tentang bagaimana untuk buka mirosoft office access sahaja,saya lihat kamu semua dah pandai buka dan menggunakan access,jadi kamu semua boleh buat kerja sendiri."

  • Saya dan kawan-kawan pun memulakan aktiviti berfacebuk.Kelas ditamatkan pada jam 5.00ptg.
  • Jam 5.00ptg hingga jam 6.00ptg saya bersama kawan sekelas telah pergi ke BPMALL(batu pahat mall)niat dihati nak keluarkan duit kat ATM,tapi saya tertinggal beg duit kat dalam bilik.Hampeh tul la,saya dah membazirkan waktu senggang saya untuk berjalan-jalan di BPMALL sahaja.
  • Jam 8.00mlm hingga 10.00mlm saya masuk ke kelas Pendidikan Agama Islam.Ustaz yang mengajar tu memang best.Saya suka cara pendekatan P&P dia.Setiap pelajaran di sulami dengan lawak jenaka dan hadis-hadis yang berguna.Malah ada satu kata-kata hikmah yang dia bagi pada kami.Kata-kata itu seperti dibawah,

"Sebenarnya susah itu bagus"

  • Saya sendiri belum faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata ini.Jadi saya akan cari maksud ungkapan ini.Kelas diakhiri pada jam 10.00mlm.
  • Sampai sahaja di bilik asrama,tetiba je kaki ni nak pergi ke bilik kak suraya sebab nak pinjam album gambar kawen dia.Saya kejut la kak suraya ni.Hampir 5 minit saya cuba nak kejutkan dia.Rupa-rupanya dia pengsan.Kalam kabut kami semua.Semua cuba kejutkan dia.Tapi tak berjaya.Sehinggalah KO saya Pn.Siti Hasbi datang dan membaca jampi serapah dan menghembuskan ke telinga kak suraya,baru lah dia sedar.Saya pun tak jadi nak pinjam album dia.Esok sahaja lah saya pinjam.

Sekian sahaja laporan harian dari saya.Tunggu laporan untuk hari ke-3 pula esok.

No comments:

Post a Comment