Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

LAMBAIAN PULAU (1)

Terasa macam pulau sibu memanggil-manggil je untuk saya datang kesana.Kalau buka disebabkan aktiviti pendidikan duar yang dijalankan oleh Institit Perguruan Malaysia,Kampus Tun Hussein Onn ini,tak akan saya bersusah payah untuk pergi ke pulau itu pada waktu ini.
Sekarang cuaca diramalkan kurang sesuai untuk mengadakan aktiviti di pantai apatah lagi aktiviti didalam air.
Kalau dah ada aktiviti berkayak mesti la kene masuk air.Tak tahu la macamanae keadaan saya disana nanti.Kawan-kawan doakanlah keselamatan saya serta 24 orang rakan-rakan Pra-C .
Kami akan berkumpul di IPTHO pada 30 Jun 2010,jam 4.30 ptg waktu tempatan dan kami akan bertolak ke pulau sibu pada 1 Julai 2010 jam 6.30 pagi waktu pulau...hehe...
Okey la....ini sahaja yang dapat saya tuliskan pada masa ini.Tunggu kepulangan saya pada 5 Julai ini........


Monday, June 21, 2010

Hari malang

Jatuh Ditimpa Tangga.....
Ibarat kata pepatah melayu ''Sudah Jatuh Ditimpa Tangga'' begitu lah nasib yang saya lalui hari nie..Selepas dua minggu berhempas pulas menimba ilmu di IPTHO,hari nie saya kene memulakan semula sesi persekolahan yang telah bercuti.
Pembantu saya dah benti,dia bg notis sampai bulan 7.Tapi tetiba je nak benti awal,sakit katanya.Jadi pagi tadi saya pun bagun awal pagi.Masak bihun goreng tuk kanak-kanak tbk.Pastu bersiap tuk g sekolah.Masa nak masuk kereta tetiba je kaki saya hilang keupayaan..Saya pun terjatuh seolah-olah melutut di belakang kereta tunang saya.Sakit bukan kepalang.Sepanjang perjalanan ke sekolah saya diam seribu perkataan......(menahan pedih di kaki n malu pun ada,,,,hehehe)
Saya akan berusaha untuk mencari pembantu di TBK saya...Minggu depan saya nak g Pendidikan Luar di Pulau Sibu...
Harap-harap dapat la pembantu cepat........

Wednesday, June 16, 2010

cedapnye......



Di malam yang sunyi,
Duduk ku seorang diri..
Di jendela ini,,
Menyiapkan tugasan yang melambak-lambak........
Bila dah duk sowang-sowang,mula la kepala otak nie teringat kat seseorang yang jauh di mata,,tapi dekat dihati....
Perut pulak dah lapo.....
Tapi nak wat cam ner..Kat asrama nie bukan kedai makan yang bleh suka2 mintak nak makan ape..Jadi saya menghilangkan rasa lapo dengan hanya melihat gambo makan yang ada je la......

eeemmmmm.........cedapnya............berasap lg......

Tuesday, June 15, 2010

KALI PERTAMA.....

Hari nie adalah hari pertama saya menulis di blog saya sendiri..Selama nie asyik bace org punye blog je...Blog yang cantek ini adalah hasil olahan dan rekaan sepupuku kak diana....TQ kak...Walaupun sibuk dgn urusan harian masih sempat lg mereka blog nie...Diharap dengan adanya blog ini dapat lah kita berkongsi pengalama suka dan duka bersama rakan-rakan....

YANG TERINDAH


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah


::A.D.A.M.A.Y.A::