Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 10, 2010

HARI RAYA DATANG LAGI

Puasa dah abis.Kini syawal pulak menjelma.Tahun nie macam-macam yang berlaku untuk saya kongsikan.Semuanya menguji kesabaran dan tahap ketahan diri saya nie.Ada gembira ada yang berduka.
Pertama,
Tempahan baju raya untuk family telah dibuat pada bulan 7 lagi,untuk mengelakan berlakunya peristiwa baju raya tak siap.Tapi benda lain plak yang terjadi,semua baju kitaowg bercampur aduk macam rojak.Baju mak,tapi saiz adik saya.baju adik saya tapi saiz saya.baju saya tetap saiz saya tapi lengan singkat sampai kesiku.Baju melayu adik-adik lelaki saya plak,ketat mcm sarung nangka.Saya mmg marah gila dekat makcik tukang jahit tu.Tahun depan saya tak akan tempah dengan makcik tu lagi.
Kedua,
Kuih raya tuk rumah tahun nie hanya dibeli sahaja.Nak beli kuih raya ni diluar perangcangan.
Masa otw g BP tuk nengok angah kat sepital,tetiba saya nampak ramai rela jaga jalan.Saya ingat ada owg kawen bulan puasa ni.
Rupa-rupanya kilang jual kuih raya.Apa lagi,saya suh abah benti.bila masuk je kilang tu................................................gila dibuatnye..brmacam-macam jenis kuih raya ada dijual.Murah pun murah.Apa lagi,kitaowg borong la...jadi tahun nie saya tak buat kuih raya tuk rumah mak saya.
Ketiga,
Masuk maktab lagi............
Ini la masanya ketahanan mental dicabar sehebat-hebatnya.Kelas sampai malam.Berbuka puasa ala kadar.Tertipu ngan owg kantin masa kami adakan jamuan berbuka puasa untuk kelas saya.
Pada petang hari kejadian,saya selaku ajk makan n minum telah pergi ke kantin berkenaan dengan ketua opsyen saya.Pada mulanya kami nk oder makanan dan berbuka di bilik rehat.Tapi setelah dipikir dan dikaji,kami sepakan tuk open table kat kantin saja.Bos kantin tu menawarkan harga rm5 satu kepala.Lauk ayam masak merah,ayam masak tomyam,sayur kailan goreng n air oren.
Masa berbuka hampir tiba.
Bos kantin tadi pun mula berbicara.
Hanya satu lauk boleh diberikan kerana harga yang diterima tidak cukup.Apa lagi...angin satu badan la saya.Ketua opsyen saya kata''tak pe la wana,bayar je,,tahun depan kita boikot kantin nie''.Ye tahun depan kakin nie tak akan beroperasi lagi.hahaha
Terakhir,
Sehari sebelum raya saya mengalami sakit perut,Berulang alik ke tandas menjadi acara saya pada petang raya.Nasib baik semua persediaan raya dah dibuat.
Alhamdullialah pada hari raya yang pertama perut nie dah tak meragam.Dapatlah saya pergi beraya kat umah maklong di taman gembira.
Sekian,itu sahaja..
....SELAMAT HARI RAYA.......

No comments:

Post a Comment