Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

Menghitung hari



Menghitung Hari,Detik Demi Detik,

Tak sampai sebulan je lagi sy akan menjadi seorang ISTERI kepada seorang lelaki yang telah berjaya mencuri hati saya iaitu MOHD IZWAN atau lebih dikenali sebagai JUAN.Dia bukan seorang yang hensem sangat,tapi sedap mata memandang.Setiap kali berjumpa ada sahaja lawak-lawak sengal yang dia buat.Semua itu membuatkan saya happy dan sentiasa ceria.
Kalau saya cerita tentang kisah kami,mesti ramai yang ketawa,saya dan JUAN telah lama kenal.Sejak dari zaman sekolah lagi.Satu kelas lagi.Tapi masa sekolah dulu kami buat hal masing-masing.Dia nie seorang yang nakal sangat-sangat tau.Tapi biasalah,budak lelaki.
Lepas tamat zaman persekolahan,kami buat hal masing-masing.Saya dan juan telah ada pilihan hati sendiri.Tapi jodoh kami kuat agaknye.Kami telah berjumpa semula untuk berbuka puasa bersama-sama.Masa tu saya ada masalah dengan sang kekasih hati.
Pada malam hari jadi saya,bekas kekasih saya telah memutuskan hubungan kami.Masa tu saya rasa cedih sangat-sangat.Perasaan benci pada lelaki mula bersarang dalam hati.Saya kecewa sangat.Pada malam tu saya saya telah mengubungi juan dan dia telah menenangkan saya.
Selepas seminggu saya berada didalam keadaan berduka,juan telah hadir dan menceriakan hidup saya.Dia cakap "wana kalau dia tak nak kat wana,wan nak wana.".saya ingat dia bergurau jek,Saya pun cakap la kalau berani databg la umah,cakap kat abah.
Malam tu dia datang rumah saya.Mak saya pun tanye la kat mamat nie,"awak nie betul-betul ke nak kawan dengan wana nie?" juan pun jawab la " betul makcik,nanti masa raye haji saya mak nak abah saya datang merisik".
Masa tu saya kat dalam bilik,hati ni berbunga-bunga,macam dalam taman bunga pun ada.Selepas dirisik saya dipinang dan di tunagkan dengan juan.
Kini Saya sedang menghitung hari untuk menjadi isteri yang sah kepada Mohd Izwan.Semoga rumahtangga yang bakal kami bina ini akan diredoi dan dirahmati olah Allah S.W.T amin....







No comments:

Post a Comment