Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 7, 2011

~Honeymoon~


Dah lame tak duk mengadap benda ni.Maklum lah sibuk nak menyesuaikan diri dengan gelaran baru ''suri rumahtangga''.Hehehe.........

Kali ni saya cuma nak berkongsi kenangan semasa pergi bercuti ke Negeri Melaka baru-baru nie.Kira macam honeymoon gak la.Tapi kata en Hubby saya,ini bukan honeymoon tapi kita jalan-jalan saje.Entah lah,yang penting saya happy sangat sebab dapat meluangkan masa bersama yang tersayang.

Kami bertolak ke Melaka pada jam 11 malam.Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 2 jam setengah.Kami sampai di Melaka pada jam 1.30pg.Setelah pusing-pusing mencari hotel,kami pun bermalam di kancil hotel.Lepas chek in je,apa lagi..........tido la jawabnye.

Kami memulakan langkah kami pada jam 12.30 tgh.Destinasi pertama kami ialah di bandar hilir dan di ikuti ke kampung mortem dan diakhiri di taman buaya.

Jom la layan gambo-gambo kami ini........































Monday, February 21, 2011

Dah 3 Minggu

Dah hampir 3 minggu saya mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan.Tapi saya masih belum berkesempatan untuk masak untuk hubby saya nie.Kesian dekat dia,hari-hari makan kat luar.
Jadi hari ini saya tekad untuk memasak sesuatu untuk en Hubby saya yang comel nie.Pikir punye pikir nak masak ape saya dapat ilham utuk menyediakan makanan ini.

Air teh o ais


Telur masin





Telur Dadar


Sambal Tumis Ikan Bilis




Nasi putih

Itu sahaja yang saya dapat sediakan untuk makan malam kami berdua hari ini.Kira ok lah tu.Jimat sikit.Tak payah makan kat luar.



Monday, January 24, 2011

Thank You My Friend

Terima kasih kepada temanku,Kerana sudi menjadi pendengar setiaku dan menjadi pakar perunding untuk majlis perkahwinanku nanti.Aku berdoa semoga kata akan tetap menjadi kawan sampai bila-bila.INSYAALLAH.Ini lah dia kawan saya tu,
\\
>>
>>
>
>>
>>
>
>
>
\\
\\
\\
+
+
+
+
+
ini la dia...
eh.....salah pulak...
>
>>
>
>>
>
>>
>
>>
>
>>
>
>>
Hah.......ini lah dia kawan saya.Siti Syafiqah...

Friday, January 21, 2011

ukiran inai









Niat dihati saya nak buat ukiran inai kat tangan utuk majlis perkahwinan saya nanti.Tapi mak saya tak bagi.Katanye tak boleh buat,Haram.Tapi saya teringin sangat nak buat..cam ne ek...Bakal mak mentua saya memang suruh buat,En Wan pun suh buat.Pening ar.Mungkin saya akan buat.Tapi hanya sekumtum bunga sahaja,Tapi tunggu dan lihat sahaja.

Wednesday, January 19, 2011

Luah Perasaan






Tekanan perasaan.Banyak betul benda yang bersarang dalam otak ni.Tiap malam bila mata mula nak tido,mula la macam-macam benda yang bermain dalam otak nie.Entah apa yang otak saya fikir,



Adoiiiii.

Sakit kepala ini,Kenapa ni.Tolooooooooooooonnnngggggg.......

Wednesday, January 12, 2011

NAK KONGSI

Hari ni saya teringin nak kongsi gambar-gambar kenangan dengan rakan-rakan saya.



Layan je la.............................






dihari pertunangan saya


bersama tunang


mandi air terjun di bekuk,Segamat





kat muzium johor,ayang,aboy dan arif





































Tuesday, January 11, 2011

Menghitung hari



Menghitung Hari,Detik Demi Detik,

Tak sampai sebulan je lagi sy akan menjadi seorang ISTERI kepada seorang lelaki yang telah berjaya mencuri hati saya iaitu MOHD IZWAN atau lebih dikenali sebagai JUAN.Dia bukan seorang yang hensem sangat,tapi sedap mata memandang.Setiap kali berjumpa ada sahaja lawak-lawak sengal yang dia buat.Semua itu membuatkan saya happy dan sentiasa ceria.
Kalau saya cerita tentang kisah kami,mesti ramai yang ketawa,saya dan JUAN telah lama kenal.Sejak dari zaman sekolah lagi.Satu kelas lagi.Tapi masa sekolah dulu kami buat hal masing-masing.Dia nie seorang yang nakal sangat-sangat tau.Tapi biasalah,budak lelaki.
Lepas tamat zaman persekolahan,kami buat hal masing-masing.Saya dan juan telah ada pilihan hati sendiri.Tapi jodoh kami kuat agaknye.Kami telah berjumpa semula untuk berbuka puasa bersama-sama.Masa tu saya ada masalah dengan sang kekasih hati.
Pada malam hari jadi saya,bekas kekasih saya telah memutuskan hubungan kami.Masa tu saya rasa cedih sangat-sangat.Perasaan benci pada lelaki mula bersarang dalam hati.Saya kecewa sangat.Pada malam tu saya saya telah mengubungi juan dan dia telah menenangkan saya.
Selepas seminggu saya berada didalam keadaan berduka,juan telah hadir dan menceriakan hidup saya.Dia cakap "wana kalau dia tak nak kat wana,wan nak wana.".saya ingat dia bergurau jek,Saya pun cakap la kalau berani databg la umah,cakap kat abah.
Malam tu dia datang rumah saya.Mak saya pun tanye la kat mamat nie,"awak nie betul-betul ke nak kawan dengan wana nie?" juan pun jawab la " betul makcik,nanti masa raye haji saya mak nak abah saya datang merisik".
Masa tu saya kat dalam bilik,hati ni berbunga-bunga,macam dalam taman bunga pun ada.Selepas dirisik saya dipinang dan di tunagkan dengan juan.
Kini Saya sedang menghitung hari untuk menjadi isteri yang sah kepada Mohd Izwan.Semoga rumahtangga yang bakal kami bina ini akan diredoi dan dirahmati olah Allah S.W.T amin....