Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Kejadian 23052011

Wah tajuk kali ini ada kelainan sikit.Ini disebabkan saya sangat-sangat mengantuk dan penat menunggu di dalam bilik yang gelap ini.

Malam nie mak tak bg balik umah sendiri.Mak suh duk umah mak.Saya dengan en juan pun menghabiskan masa di rumah mak.Mak masak mee goreng,Beli apam balik.ciap ada kuih putu piring.Banyak gila makanan.


Ingat nk buat kenduri,rupa-rupanya.................






(






( '






( ' v






( ' v '






( ' v ' )











Ada orang datang untuk merisik anak kesayangan mak.Mungkin mereka kakan ditunangkan pada bulan julai ni.Semoga mereka Tabah menempuhi kehidupan berumahtangga yang penuh dengan liku-liku.



Wednesday, May 4, 2011

~Tiga Bulan Sudah~

Alhamdullillah,bersyukur kehadrat Allah kerana dengan keizinannya,rumah tangga kami telah berusia 3 bulan.Walaupun masih baru mengharungi liku-liku berumah tangga,saya rasa sungguh bahagia sekali.hidup berumahtangga ini memerlukan banyak kesabaran dan saling berbincang.


Memandangkan saya ni isteri yang berkerja,jadi en Juan banyak membantu.Jika saya basuh baju,dia akan tolong jemur.Jika saya masak,dia akan tolong basuh pinggan.Pernah sekali tu en Juan basuh pinggang mangkuk kat dalam bilik air.Saya terkejut beruk masa masuk dapur.Saya pun bertanya:


Is3 : D, nape basuh pinggan dalam bilik air??(sambil garu-garu kepala)


En Juan : Saje je.baru rasa macam kenduri kawen..hehe(sambil membetulkan tuala mandi di pinggang)


Jadi pada malam itu saya tak mandi la.Sebab baldi kat dalam bilik air tu dah berminyak.Lepas ni saya akan pastikan yang saya akan mandi dulu sebelum en Juan basuh pinggan.



Hujung minggu adalah hari yang paling sibuk.Ape taknye.Kami kene bergilir-gilir balik ke rumah mak.Mula-mula balik ke rumah mak saya.Lepas makan tengahari balik rumah mak mentua.Pas makan malam baru la balik ke rumah sendiri.


Walaupun penat tapi kami gembira.Balik rumah terus tidur dan bersedia untuk pergi kerja keesokan hari.