...i.z.w.a.n.a...
Sunday, August 3, 2014
Monday, June 24, 2013
~Syoknye Bercinta~
Assalammualaikum
Nanti saya karang cerita ye....tunggu...

Wednesday, October 19, 2011
Lama Tak Menulis
Saturday, August 6, 2011
Ramadhan pertama

Sunday, July 3, 2011
Musim Buah Datang Lagi
Musim buah tiba lagi.jadi semua datuk dan nenek di kampung sedang sibuk melayan anak cucu yang pulang dari bandar.Jalan raya pun sibuk,sebab semua orang sibuk nak balik kampung sebab nak makan buah-buahan yang ada kat kebun atuk.hehehe...(termasuk la kami berdua)
Saya pun tak lepaskan peluan keemasan ini.Maklum la kampung atuk sendiri jauh.Jadi saya pun menumpang kasih la di kampung mentua saya di pontian johor.Dalam kesibukan saya menghadapi pratikum nie,sempat gak saya meluangkan masa untuk makan durian kat kampung.Satu pengalaman yang tak mungkin akan saya lupakan.Saya tak pernah merasa masuk kebun durian,kutip buah durian yang gugur apatah lagi makan buah durian di bawah pokok durian.
Wednesday, June 29, 2011
Dah lama rasanya saya tak update blog nie..ini kerana saya sangat-sangat sibuk kerana saya sedang menghadapi pratikum fasa 2..Minggu nie dah masuk minggu ke-2.Rasa macam nak gila pun ada bila mengadap Rancangan Mengajar Nie.
Minggu lepas pensyarah pembimbing dah datang untuk memberi sedikit bimbingan(bukan sikit,,tapi banyak gila...)macam-macam soalan yang saya dapat.Terketak-ketak gak nak jawab.Takut punye pasal sampai saya tak boleh nak jawab satu soalan nie..
Cik Pembimbing : Wana apa itu KSPK??
Teacher Wana : Erm,,,,,
Cik Pembimbing : Awak ada tak belajar tentang KSPK??.
Teacher Wana : Ada Cik Limah...(sambil tundukkan muka,tangan dah sejuk macam air batu)
Cik Pembimbing : Jadi ape maksudnye?Sepatutnya awak dah
lancar dengan jawapan awak.tahun nie awak dah habis belajar.Cam ner awk blah tak tahu KSPK tu ape..Teacher Wana : Hanya diam sambil tangan menulis maksud KSPK di atas kertas..
Siapa kata bidang perguruan ini mudah.Dulu kita sibuk marah cikgu-cikgu kita bila bagi homework bebanyak.Sekarang baru saya tahu tujuan sebenar homework itu.Bukan senang nak capai objektif dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.Nak kaitkan dengan kemahiran berfikir lg.
Saya harap saya dapat menyediakan Rancangan Mengajar yang memuaskan hati Cik Pembimbing saya.Saya nak jadi macam dia.Pensyarah PAK.Saya akan menjadikan beliau sebagai idola saya untuk terus berjaya.
Terima kasih kepada Pensyarah pembimbing saya kerana sudi membimbing saya untuk pratikum fasa 2 ini.Saya harap pratikum fasa 2 saya ini akan berjalan dengan lancar selama 14 minggu ini.Kawan-kawan tolong doakan kejajaan saya ye....
#KSPK - Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
# PAK - Pendidikan Awal Kanak-kanak